Kenangan masa lalu.

KEBANGKITAN ORANG TUJUH MUAR
Langkah Jebat Menentang Malayan Union
#AnakJatiMuar

Sejarah merupakan satu khazanah penting untuk dipelihara supaya ia akan menjadi satu pelajaran dan iktibar kepada jenerasi jenerasi akan datang. ia memberi satu gambaran dan fahaman dimana asas serta benteng yang telah dibina oleh orang orang lama dirasai nikmatnya oleh generasi yang akan menyusulinya.

Walaubagaimana pun, ada peristiwa peristiwa yang cukup penting dan bermakna yang tidak diketahui umum diatas sebab sebab yang kita sendiri tidak mengetahuinya.

Satu daripada peristiwa yang cukup penting ini ialah kebangkitan tujuh orang anak kelahiran Muar menentang penubuhan Malayan Union.

Alhamdullillah saya masih hidup dan dapat berkongsi cerita sebenarnya kepada anak anak muda Muar betapa besarnya pengorbanan orang tujuh ini terhadap bangsa, agama dan tanahair kita. Bacalah cerita sebenarnya:

Pada 11hb Oktober 1945, dengan senyap senyap dan tidak diketahui umum, wakil khas kerajaan British yang bernama Sir Harold MacMichael telah tiba diPort Swettenham (sekarang Port Klang) dengan membawa satu utusan serta cadangan iaitu untuk menubuh apa yang dipanggil Malayan Union. Iaitu gabungan semua negeri negeri didalam Persekutuan Tanah Melayu termasuk Straits Settlement iaitu negeri Melaka dan juga Pulau Pinang.

Penubuhan ini akan memberi kerakyatan penuh kepada semua bangsa termasuk bangsa Cina dan India dan mereka akan menjadi rakyat setaraf dengan bangsa Melayu. Disamping itu, semua Sultan dinegeri masing masing akan hilang kedaulatan mereka dan Sultan Sultan ini akan bertanggungjawab kepada saorang pemerintah British yang akan bergelar Governor-General.

Setibanya diPort Swettenham, Sir Harold MacMichael terus berangkat keKuala Lumpur dengan diiringi oleh Sir Alec Newboult. DiKuala Lumpur beliau terus pergi ke King’s House dan disini beliau telah berbincang dengan pegawai pegawai British yang bertugas diKuala Lumpur.

Untuk menjadikan Malayan Union satu kenyataan, semua Sultan Sultan perlu menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British dengan memberi persetujuan yang tidak berbelah bagi.
Ketika itu, Almarhum Sultan Ibrahim Johor merupaka Sultan yang sangat dihormati dan disegani oleh Sultan Sultan negeri lain. Jadi untuk memudahkan tanggungjawabnya, Harold MacMachael mengesyurkan supaya mendapatkan tandatangan Sultan Johor terlebih dahulu.

Pada 20hb Oktober, beliau telah dapat berjumpa dengan Sultan Johor dan setelah menerangkan butit butir penubuhan Malayan Union, Sultan Johor pun menandatangani surat perjanjian itu dan bersetuju diatas penubuhan Malayan Union tadi. Dengan ini, kerja beliau menjadi lebih senang dan mudah untuk berbincang dengan Sultan Sultan negeri lain.

Surat perjanjian diantara Sultan Johor dengan kerajaan British disaksikan olih Tengku Ahmad dan Encik Abdul Kadir.
Pada 20hb Oktober 1945, MacMichael berjumpa dengan Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah dan Sultan Selangor juga menandatangani surat perjanjian itu. Ia disaksikan oleh Encik Hamzah dan Raja Nong.

Pada 2hb November 1945, Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riayatudin Al-Muazzam Shah telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Tunku Mohammad dan G.E. Mohammad.

Pada 14hb November 1945, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan menandatangani surat perjanjian itu bersama sama dengan 4 Undang seperti berikut:
1. Undang Sg. Ujong – Dato Kelana Putra.
2. Undang Jelebu – Dato Shahruddin.
3. Undang Johol – Dato Johol
4. Undang Rembau – Dato Hipap
dan Tengku Sharifah Loyah mewakili Tunku Besar Tampin.
Surat perjanjian ini disaksikan oleh Tengku Nasir, Tengku Jaafar dan Tengku Hussain.

Pada 22hb November 1945, Sultan Perak iaitu Sultan Abdul Aziz telah menandatangani surat perjanjian dengan disaksikan oleh Raja Yusof, Raja Muda Perak dan Dato Temenggong.

Pada 2hb Disember 1945, Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Encik. M. Shariff dan Encik Yaakub.

Pada 12hb Disember 1945,Raja Perlis pula telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Encik Ahmad dan Encik Wan Ahmad.

Pada 17hb Disember 1945, Sultan Ibrahim dari negeri Kelantan telah menandatangani surat perjanjian itu dengan disaksikan oleh Tengku Ibrahim Petra dan Nik Ahmad Kamil..

Pada 21hb Disember 1945, Sultan Terengganu iaitu Sultan Ismail Nasirudin Shah telah menandatangani surat perjanjian dan disaksikan oleh Dato Omar dan Tengku Halim.

Maka berjayalah Harold MacMichael untuk mendapatkan semua tandatangan Sultan Sultan diPersekutuan Tanah Melayu. Ini bermakna rancangan untuk menubuhkan Malayan Union tiada lagi halangan.

Pada 6hb Januari 1946, berangkatlah MacMichael keEngland dengan kesemua surat surat perjanjian itu. Pada 22hb Januari 1946, satu kertas putih telah dibentangkan didalam parlimen kerajaan British untuk kelulusan.

Setelah mendapat kelulusan parilmen kerajaan British, satu Warta Kerajaan British yang mengandungi butir butir berkenaan penubuhan Malayan Union diTanah Melayu telah disiarkan oleh pihak berkuasa Pentadbiran Tentera British (BMA) diTanah Melayu untuk pengetahuan rakyat dan penduduk Tanah Melayu.
Sebaik sahaja tersiar Warta Kerajaan British itu, seluruh bangsa Melayu telah terkejut dan merasa Kertas Putih itu adalah satu cabaran yang tajam, menyentuh maruah bangsa Melayu.

Tidak ada perkataan yang dapat mensifatkan bagaimana perasaan orang orang Melayu ketika itu– perasaan geram dan marah yang meluap luap terhadap perbuatan Kerajaan British dan perasaan kesal dan dukacita terhadap terlanjurnya Raja Raja Melayu menurunkan tandatangan baginda baginda keatas perjanjian MacMichael yang memperdayakan itu.

Tetapi apakan daya, semua surat perjanjian itu sudah menjadi kertas rasmi dan tidak dapat diperbetulkan lagi. Nasib bangsa Melayu kini akan hancur dan kedaultan bangsa Melayu akan hilang ditanah tumpah darah dato nenek moyang mereka sendiri.
DiJohor Bahru,

Setelah mengetahui butir butir kandungan Perjanjian MacMichael itu, beberapa orang pemimpin Melayu Johor yang diketuai oleh Dato Abdul Rahman bin Mohammad Yasin telah membantah dengan sekeras kerasnya.Sebaik baik jalan memansuhkan perjanjian itu ialah membuktikan bahawa Sultan Johor telah bertindak diluar batasan Undang Undang Tuboh negeri dan perbuatannya tidak sah dari segi undang undang.

Dato Abdul Rahman yang berasal daripada Parit Bakar, Muar terus pulang keMuar untuk berjumpa dengan pejuang pejuang Melayu ketika itu. Diantara orang pertama yang beliau berjumpa ialah Dr. Hamzah, Hj. Taib dan Ciku Kosai. Dr. Hamzah merupakan anak Melayu Johor pertama menjadi doktor dinegeri itu. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk menentang perbuatan Sultan, bukan untuk menderhaka kepada baginda tetapi lebih untuk menyelamatkan kedudukan baginda sebagai Sultan berdaulat dinegeri Johor.

Apabila mendegar cadangan untuk menentang penubuhan Malayan Union ini, dua orang lagi anak Muar tampil kehadapan untuk memberi bantuan dan kerjasama. Mereka adalah dua beradek yang bernama Cikgu Ahmad Suleiman dan Cikgu Safiah Suleiman.

Didalam satu jamuan makan malam dirumah Dr. Hamzah Hj. Taib, dua orang lagi penjuang dari Muar menghadir untuk memberi bantuan. Mereka ialah Hj. Hassan Yunos (sepupu kepada Dato Abdul Rahman) dan Dr. Awang bin Hassan (saudara rapat dengan Dato Abdul Rahman dan Dr. Hamzah).
Secara kebetulan, Dato Abdul Rahman ketika itu ialah Pegawai Keawangan Negeri Johor, Hj. Hassan Yunos pula ialah Mufti Kerajaan Negeri Johor, dan Cikgu Kosai ialah Pegawai Jabatan Hutan.

Mereka telah membuat satu risalah menerangkan kepada orang ramai bahawa perbuatan Sultan Johor adalah salah disisi undang undang tuboh kerajaan negeri Johor. Risalah itu disebarkan kepada seluroh negeri Johor dan rakyat Johor mula memberi sokongan kuat kepada gerakan mereka.

Dato Abdul Rahman berhasrat untuk mengandap baginda Sultan tetapi dihalang oleh pegawai pegawai istana. Malah kesemua mereka telah digantung kerja masing masing tetapi ini tidak memantahkan semangat mereka.

Hari demi hari, sokongan rakyat Melayu Johor semakin bertambah dan ini membimbangkan pihak Istana. Pada ketika ini, Dato Onn Jaafar langsung tidak menyebelahi gerakan mereka.
Maka mereka bersefakat untuk menghantar satu petition bantahan kepada baginda Sultan dan setelah berbincang, mereka mencadangkan agar Hj. Hassan Yunos saorang sahaja mengandap baginda Sultan dan statusnya sebagai Mufti Kerajaan Negeri membolehkan perkara ini berlaku.

Satu perutusan telah dihantar kepada baginda Sultan supaya menerima kunjungan Hj. Hassan Yunos. Alhamdullillah, baginda Sultan bersetuju untuk berjumpa dengan Hj. Hassan Yunos.

Pada hari yang telah ditetapkan, ramai penyokong penyokong telah berhimpun diperkarangan Mesjid Abu Bakar diJohor Bahru. Jarak antara Mesjid Abu Bakar dan Istana Besar tidak lah begitu jauh. Maka berjalanlah saorang diri Hj. Hassan Yunos menuju keIstana dengan membawa petition tersebut.

Menurut anak Hj. Hassan Yunos iaitu Encik Murad (sahabat rapat saya), apabila ayahnya sampai ditangga Istana Besar, lututnya megeletar dan susah untuk menaiki tangga. Perasaan takut memang ada tetapi tanggungjawab untuk menjaga maruah bangsa Melayu tidak boleh dipermain mainkan. Beliau mendoa hadarat llahi supaya memberikan dia semangat yang kuat apabila mengandap baginda Sultan nanti.

Setibanya dipintu besar Istana, saorang pegawai Istana menjemputnya keruang tamu sambil menunggu keberangkatan baginda. Tidak lama kemudian, muncullah baginda Sultan, lantas Hj. Hassan terus bangun dan mencium tangan baginda. Dijemputnya Hj. Hassan supaya duduk dan dengan penuh tertib, Hj. Hassan menerangkan satu persatu dimana kesalahan baginda.

Apabila habis penerangan Hj. Hassan Yunos kepada baginda Sultan, barulah baginda sedar yang perbuatan baginda itu adalah salah disisi undang undang tuboh negeri Johor. Baginda Sultan berjanji dengan Hj. Hassan yang baginda akan menarik balik perjanjian itu. Maka gembiralah Hj. Hassan bahawa beliau telah berjaya mengajak baginda kembali kepangkal jalan yang sebenar. Baginda Sultan menerima petition itu dan mengucapkan selamat jalan kepada Hj. Hassan.

Suasana diperkarangan Mesjid Abu Bakar cukup resah dengan penyokong penyokong menunggu kepulangan Hj. Hassan dari Istana. Tidak lama kemudian, mereka melihat Hj. Hassan berjalan menuju keMesjid Abu Bakar dengan mengangkat tangan tanda kejayaan.

Dengan tiba tiba suasana menjadi riuh rendah, ada yang menjerit jerit tanda kesukaan dan ada yang menandah tangan kelangit untuk melafazkan kesyukuran kehadrat Allah. Dato Abdul Rahman dan rakan rakan seperjuangannya berpeluk peluk sambil menangis kegembiraan. Mereka telah berjaya untuk mematahkan penubuhan Malayan Union.

Beberapa hari kemudian, baginda Sultan Johor telah menulis sepucuk surat kepada kerajaan British dengan kandungan isinya seperti berikut:

“Beta tidak dikerasi dan dikejut kejut dan beta tidak menurunkan tandatangan denga penuh kemahuan akan tetapi setelah memikirkan semula perkara itu beta berpendapat bahawa beta telah menyain perjanjian itu dengan tidak terlebih dahulu menyiasat dengan sehalus halusnya seperti yang sepatutnya diperbuat dan malangnya beta tidak sedar akan kesan kesan yang mengenai lebih jauh.

Oleh hal yang demikian, beta suka menyatakan iaitu didalam hal yang demikian beta tidak sanggup lagi bertanggungjawab kepada persetujuan yang beta berikan mula mula itu.”

Setelah mendengar yang baginda Sultan Johor telah menarik balik surat perjanjian itu, kesemua Sultan Sultan lain telah mengikut jejak yang sama. Maka apabila orang orang Melayu mendapat tahu bahawa Raja Raja Melayu telah menarik balik perjanjian mereka, seluruh rakyat Melayu bangkit dengan penuh bersemangat. Disaat inilah baru munculnya Dato Onn Jaafar.

Begitulah pengorbanan yang telah diberikan oleh pejuang pejuang anak kelahiraan Muar kita. Mereka sanggup melawan Sultan bukan untuk menderhaka tetapi untuk menjaga supaya institusi Raja Raja terpelihara.

Mengapakah mereka digelar Orang Tujoh Muar? Ini oleh kerana hanya tujuh orang yang menandatangani petition kepada Sultan.
Cikgu Kosai sebenarnya berkelulusan tinggi iaitu daripada Cambridge, England. Oleh kerana beliau bermula kerja sebagai saorang guru, maka panggilan Cikgu Kosai cukup mesra dengannya.

Hj. Hassan kemudian menjadi Menteri Besar Johor dengan gelaran Tan Sri. Dr. Hamzah Hj. Taib meninggal dunia semasa masih muda. Dr. Awang Hassan kemudian menjadi Gabenor Pulau Pinang dengan gelaran Tun,

Begitulah kesah perisitwa yang cukup bermaknya ini. Marlah kita menghadiahkan Al fatiha kepada tujuh anak kelahiran Muar yang mana jasa mereka kepada bangsa Melayu tidak terhingga besarnya.

Alfatiha buat
1. Allahyarham Dato Abdul Rahman Mohd. Yassin.
2. Allahyarham Dato Suleiman Abdul Rahman.
3. Allahyarham Tan Sri Hj. Hassan Yunos.
4. Allahyarham Tun Dr, Awang Hassan.
5. Allahyarham Dato Kosai.
6. Allahyarham Encik Ahmad Sulaiman.
7. Allahyarhamah Cik Safiah Sulaiman.
Wasallam.
.
sumber dari : Dato Kamaruddin Abdullah
penulis buku ‘Pages From My Past’
gambar ikhsan : muzium muar
#SejarahMuar

La tahzan

IMG-20170811-WA0034SIAPA DR ‘AIDH ABDULLAH AL-QARNI

Oleh : Ustaz Abu Syafiq (AS) 0192713781

1- Saya mengenali ‘Aidh Al-Qarni (AQ) sejak zaman mentelaah kitab ketika belajar di tanah arab lagi.
Sebelum buku-buku tulisannya menjadi isu plagiat dan terkenal lalu dibawa ke Mahkamah dan keputusannya adalah AQ kalah dan dituntut bayar ganti rugi kerana bersalah.

2- Seorang yang sangat kuat berpegang dengan ajaran Takfir yg menjadi dalang kepada pemikiran Khawarij sehinggakan puak IS menjadikan AQ sebagai rujukan mereka.

3- Saya tidak tahu mengapa Timbalan Menteri Agama Malaysia menyambut baik kedatangan kali kedua AQ ini sedangkan fikrah yg menjadi pegangan rasmi AQ bertentangan dengan dasar negara dan kerajaan bahkan bertentangan dengan konsep wasatiyyah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

4- Timbalan Menteri Agama beria nak menubuhkan Pusat Keamanan Raja Salman dengan mungkin membawa bersama AQ dalam rangka tersebut. Pihak polis diarah utk menjaga keselamatan AQ kaki Takfir yg membawa fikrah merosakkan keamanan Malaysia.

Tidakkah timbalan menteri tahu ajaran Takfir Wahhabinya itulah yg bakal merosakkan keamanan negara?!

5- Lebih pelik dan parah kedengaran JAKIM dan jabatan agama negeri serta jabatan mufti dikatakan bersetuju dengan ajaran yg dibawa oleh AQ yg jelas menghina Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tidak terlepas UKM, USIM dan pihak masjid juga setuju dengan ajaran Takfir yg dibawanya.
Jika tidak benar kenyataan tersebut maka sila nafikan. Dan jika benar memang depa setuju maka nantikan kehancuran umat Islam yang menyedihkan.

6- Dimana salahnya Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarniy ini??

Ya… Inilah soalan yg ramai akan bertanya termasuk mereka yg sebenarnya tidak megenali hakikat lelaki ini.
Mungkin sangkaan baik atau bukunya yg terkenal La Tahzan yg tidakpun dibaca sangat itu menjadi bayangan Taqiyyah sebenar Wahhabi ini.

7- Tahukah anda apa yg AQ katakan kepada Manhaj Al-Asya’irah yg menjadi pegangan umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia?

Kata AQ:

“Aku mohon agar Allah jauhkan aku dari AHLI BID’AH SESAT SEPERTI AL-ASYA’IRAH yang menyeleweng”.

Rujuk dalam kitab tulisannya sendiri berjudul Walakin Kuunu Robbaniyyin ms 194 Cetakan syarikat Ibnu Hazm.

Bahkan pada bahagian yg sama AQ mengatakan Manhaj Al-Asya’riy itu adalah MENYELEWENG dan diletakkan Al-Asy’ari itu oleh AQ dalam barisan senarai ajaran sesat Muktazilah, Rafidhah dan lain2 ajaran sesat.

Maka jelas AQ menghukun sesat Al-Asy’ary atau Al-Asya’irah yg menjadi pegangan JAKIM, jabatan Agama negeri2, jabatan2 Mufti bahkan penubuhan negeri2 tanah air adalah mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asyairah.

Kaki takfir ini dibenarkan berkhutbah dan berceramah di Malaysia? Sapa bagi lesen.. Timbalan menteri?
Sapa…

Apa hak dia menghukum umat Islam di Malaysia sebagai sesat?!

Itu tidak pelik sangat kerana Wahhabi memang berdarah Takfir..

Yg lebih pelik lagi bilamana jabatan agama dan agamawan senyap membisu.
Seolah sokong dengan agenda jahat AQ ini.

Bangkitlah wahai para ustaz.. Jangan asyik borak pasal peha, jilat, hina tahlil dll shj…
Ni org datang kafirkan kita kamu senyap?!

Hasbiyallahu wani’mal wakil.

8- Lagi..

AQ bukan sahaja menghukum Al-Asyairah sebagai sesat bahkan seolah mewajibkan dan mengalakkan umat mengikut ajaran Wahhabi dengan jelas.

Tak percaya??!

Ni tengok apa AQ kata lagi:

” Gerakan dakwah yang PALING sempurna, paling mulia dan paling terbaik adalah gerakan dakwah Syeikh Mujaddid Muhammad bin Abdul Wahhab. Barangsiapa menolak dakwah beliau ini maka orang itu LEBIH SESAT dari keldai “.

Rujuk kitab ‘Aidh Al-Qarni berjudul Walakin Kuunu Robbaniyyin pada mukasurat 206 nom 45 Cetakan Ibnu Hazm.

Perhatikan dengan jelas pujian melangit AQ keatas dakyah Tekong Wahhabi itu sehingga disanjung sebagai Mujaddid!
waktu yg sama dalam kitab yang sama itu jugak kerap kali bila AQ menyebut nama Imam Syafie dia akan hanya sebut sebagai “Syafie” sahaja tanpa dipuji keatas Imam Syafie sebagai Imam bahkan time menyebut tentang Imam Ahmad kebanyakannya dia hanya menyebut sebagai “Ahmad” sahaja tapi bila sebut tokoh2 mereka siap dengan pujian sohibus samahah lah, mujaddid lah syeikhul islam lah!

Mana adab kamu kepada ulama Islam?!

Dan lihat bagaimana dia MEMAKI sesiapa yg menolak dakyah Wahhabi itu sebagai LEBIH SESAT DARI BINATANG.

Inikah akhlak La Tahzan??!

Di Malaysia umat Islam menolak Wahhabi termasuk banyak negeri telah mengeluarkan fatwa rasmi diperkenan oleh Raja-Sultan menolak ajaran Wahhabi.

Adakah umat Islam dan Raja2 itu semuanya LEBIH SESAT DARI KELDAI seperti yg disifatkan oleh AQ?!!

wahhabi ditolak di Malaysia dan seluruh dunia kerana mereka mengamalkan 3 T..

TAKFIR iaitu kerja wahabi hanya kafirkan orang seperti yg terbukti.

TASHBIH membawa akidah menyamakan Allah dengan makhluk secara terangan.

TABDI’ suka menimbulkan hura hara pada masaalah khilafiyah dengan membid’ahkan amalan itu mati matian.

9- AQ HINA ULAMA DAN KITAB ISLAM.

Yeke?

Yelah.. Semua Wahhabi memang prinsip agama mereka menghina ulama islam dan menolak perkembangan ilmu.

Hanya ilmu Wahhabi sahaja yg dipakai.. Tokoh2 mereka sahaja mesti dirujuk. Ulama lain semua sesat disisi Wahhabi.

Pihak atasan USIM dan UKM sebenarnya tak tahu sangat benda ni kerana dalang dalaman Wahhabi yg dok kat dalam tu yg masukkan AQ ini. Ya saya tahu tu.. Wahhabi saling berkerja keras agar tokoh mereka masuk dlm IPT di Malaysia dan kita mengharap akan ada undang2 kelak selepas ini bila nk bawa penceramah luar ke IPT krn menjadi sasaran ajaran sesat adalah kepada pelajar2 Institut Pengajian Tinggi tanah air.

Meh kita tengok apa kata AQ lagi:

” Aku mengajak semua untuk berdakwah dengan menyebarkan ilmu kitab Ibnu Taimiah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dan kitab-kitab Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai rujukan utama dalam Tauhid dan pelajar perlu jadikan ia bahan ilmu yang paling utama yang bersandar dengan sunnah “.

Rujuk kitab AQ berjudul Kuunu Rabbaniyyin ms 200&201 cetakan Ibnu Hazm.

Wah! Hebatkan?!!
Itulah AQ yg jelas mengajak kita merujuk kitab2 Wahhabi namun waktu yang sama menghukum kitab ulama muktabar sebagai SESAT..

Yeekee… Yelah! Ni buktinya..

Pada mukasurat yg sama AQ sebut lagi:

” Dan aku mentahzir memberi peringatan tegas kepada kamu semua agar menjauhkan diri dari membaca kitab yang BID’AH sesat sarat dengan pemikiran menyeleweng juga ajaran yang songsang seperti kitab IHYA ULUMUDDIN, semua kitab-kitab karang Ar-Razi, As-Subki, Ibnu Hajar Al-Haithamiy dan lain lain lagi “.

Wah! Ini lagi jelas. Bukan sahaja Imam Al-Ghazali itu dihukum oleh ‘Aidh Al-Qarni sebagai sesat bahkan Imam Ar-Razi, Imam Al-Hafiz As-Subki As-Syafie bahkan semua karangan Imam Ibnu Hajar dihukum sesat dan dilarang kepada pelajar membacanya.

Wahai UIAM, USIM dan UKM… Dimana letaknya nilai akedamik yang anda perjuangkan dengan menjemput seorang yg menghalang ilmu agama dari kitab2 ulama Ahli Sunnah dibaca.

Malulah sikit sebagai sebuah institusi ilmu menjemput seorang yg menghalang perkembangan ilmu pulak. Dahlah tu menghalang orang membaca kitab2 ulama yg muktabar pula. Dimana perjuangan perkembangan ilmu jika kitab ulama dilarang oleh AQ keatas pelajar dari membacanya?!

Inna Lillahi wainna ilaihi rojiu’n.

10- ‘Aidh Abdullah Al-Qarni warga Saudi ini seperti ramai tokoh2 Wahhabi yg lain.
Mereka bukanlah ilmuan yg sepatutnya dirai.

Bukunya banyak terlibat dengan kes mahkamah dan kalah dalam isu plagiat buku orang lain. AQ ditolak oleh ramai ilmuan Islam.

Dia juga menghukum Tasawwuf Ahli Sufi yg benar dan ramai ulama Islam sebagai menyeleweng dalam akidah.

Bahkan lebih teruk dari itu ‘Aidh Qarni menghukum Imam Besar Hadith Imam Ibnu Hibban sebagai seleweng dalam Aqidah.
(Rujuk kitab AQ berjudul Kuunu Rabbaniyin ms 211).

Jika anda tidak percaya maka dalam kesempatan ini saya AlFaqir Abu Syafiq menawarkan debat ilmiah dalam bahasa arab antara saya dengan Dr ‘Aidh Al-Qarni demi kebaikan.
Sila hubungi saya terus ditalian +60192713781 untuk susunan Debat Ilmiah Beradab ini secara terbuka atau tertutup.
Jika ia tidak berlaku maka benarlah kenyataan saya ini bahawa ‘Aidh Al Qarni ini seorang Takfiri Wahhabi.

* Nasihat saya juga kepada Menteri agama, Jabatan Agama, Pihak IPT dan seluruh umat Islam di Malaysia agar bersatu bersama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak ajaran takfir ini seperti Wahhabi dan Syiah.

Parok negara sebab mereka!

http://www.facebook.com/AbuSyafiq1

Kibar.

โœˆ *PELUANG BERBAKI SEBULAN LAGI*โœˆ
.
*SEBULAN BERADA DI BUMI MADINAH*
.
“Alangkah Indahnya Kalau Aku Pandai Berbahasa Arab!” ๐Ÿ˜„
Tapi… ๐Ÿ˜”
๐Ÿšซ Tak tau nak belajar kat mana.
๐Ÿšซ Pernah belajar tapi tak berani nak bercakap arab.
๐Ÿšซ Faham je apa yang orang tu cakap dalam Bahasa Arab tapi tak berani nak balas balik.
๐Ÿšซ Kiri kanan orang Melayu, macam mana nak praktikkan Bahasa Arab???
๐Ÿ’กBahasa Arab adalah antara bahasa utama di dunia ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡ถ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡ฏ๐Ÿ‡ด๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ถ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
.
Kami boleh boleh membantu andaโ—๐Ÿ˜Ž
.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan menganjurkan Kursus Intensif Bahasa Arab Madinah (KIBAR MADINAH)โœจโœจโœจ
.
Ayuh sertai kami !!
Masa: 1 Februari 2018 – 4 Mac 2018
Tempat: Madinah al Munawwarah, Arab Saudi
Tempoh: 1 bulan (5 hari seminggu)
*APA ISTIMEWANYA KIBAR MADINAH?*
โœ…Belajar dengan pensyarah yang berpengalaman di salah sebuah Universiti di Madinah al Munawwarah, Arab Saudi.
โœ… Belajar Bahasa Arab dengan suasana orang yang bertutur dengan bahasa tersebut.
โœ…Sijil penyertaan dikeluarkan oleh Universiti tersebut.
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ *LEBIH ISTIMEWA……* ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Peluang menunaikan UMRAH dan ZIARAH TANAH SUCI โ•
.
*KIBAR MADINAH DIANJURKAN KHAS UNTUK…*
๐Ÿ”นAnda yang tiada asas Bahasa Arab
๐Ÿ”ธAnda yang ingin belajar Bahasa Arab secara intensif untuk memahami Al-Quran.
๐Ÿ”นAnda yang bakal menunggu keputusan SPM.
๐Ÿ”ธAnda yang ingin memenuhi waktu persaraan anda dengan menuntut ilmu di Bumi Berkat Madinah.
.
Dengan hanya RM 13,000. Sahaja anda berhak mendapat keistimewaan seperti dibawah
– Tiket Kapal Terbang
– Visa Khas
– Penginapan
– Pengangkutan ke Masjid Nabawi setiap hari.
– Makan 3 kali sehari
– Yuran belajar
– Umrah (satu kali)
– Ziarah Madinah
– Kemudahan Hospital
.
*PENYERTAAN TERHAD !!!!*
.
Tempoh pendaftaran sehingga 31 OGOS 2017โ€ผ
*REBUT PELUANG INI DENGAN SEGERA* !!!๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
.
.
Untuk pertanyaan & mendaftar, sila hubungi: whatsapp/call:
Ustaz Muhamad Farid https://www.wasap.my/60145122928
Pejabat : 03-89121636
Email : farid.kuiscell@kuis.edu.my

IMG-20170811-WA0030